orang yang sayang saya...

Friday 14 October 2011

CORETAN TERAKHIR BUAT IBUKU…

Assalamualaikum….
 Hari ini merupakan hari yang begitu sukar untuk aku lalui..Bahkan aku seakan sudah mengalah…Tidak tertanggung lagi hati aku ni…Segala keperitan hanya Mampu aku telan…Berlandaskan sedikit sokongan dari insan2 yang masih menyanyangi aku larh yang membuat aku masih mampu berdiri disini…
Aku sedar derhakanya aku menyimpan perasaan sebegini kepada ibuku yang mengandungkan dan melahirkan aku… tapi apa kan daya… aku sangat2 tersentuh dengan semuanya…. Sehingga aku mengambil keputusan yang berani untuk pergi buat sementara waktu dari ibuku… walaupun aku jauh.. aku tetap akan rindukan dirinya… tapi aku terpaksa melakukan semua ini supaya aku dan ibu sedar..
Yaallah… andaikata saat aku berjauhan dengan ibuku ini adalah tanda pemergian aku buat selamnya… aku hnya ingin minta biarlah aku menjadi kebanggaan kepada ibuku dahulu… supaya aku tidak akan memalukan ibuku..
Kalau larh ibu tahu isi hati aku selama ini…kalu larh ibu tahu betapa sayangnya aku kepada ibu… kalau larh ibu tahu betapa aku terluka dengan perbuatan ibu ini… tapi aku rela mendiamkan diri… menyimpan jauh di sudut hati aku… biarlah aku merana sendirian…
Ibu… aku sangat2 menyanyangi ibu… aku sangat2 memerlukan dirimu saat ini… tapi aku tahu peluang itu tidak akan pernah ada untuk aku…  aku hanya mampu melihat dan menumpang kasih ibu terhadap orang lain…walau jauh disudut hati kecil aku.. hatiku begitu memberontak…
Ibu…. Andai kata ini adalah coretan hati aku yang terakhir untuk ibu..... aku harap ibu dapat memaafkan aku diatas segala kesilapan aku terhadap ibu….Maaf kan aku kerana menanamkan benih dendam didalam hatiku ibu… semoga ibu bahagia walaupun aku jauh sekarang… ibu andai kata coretan ini membuat ibu mengalirkan air mata… maafkan aku ibu kerana sudah menjadi anak yang derhaka… maafkan aku ibu kerana membuat ibu mengalirkan air mata kerana coretan aku ini…
Ibu … maafkan aku ….
Selamat tinggal ibu… aku sayangkan ibu selamanya…
(ANAKMU..)

2 comments: