orang yang sayang saya...

Friday 14 October 2011

iktibar....

Kisah ini bermula empat tahun dahulu…
Dimana ketika itu aku berusia 16tahun…
segalanya bermula tanpa aku sedari..
Kehadiran dirinya membuat aku memahami ape itu erti cinta…
Dan ketika itu juga aku sedar cinta hanyalah pemusnah semata2..
Aku hanya mampu mentertawakan diri aku yang sudah hanyut kerana cinta…
Musnah segala imipian aku…
Untuk berjaya dimasa hadapan…
Yang tinggal hanyalah penyesalan diriku..
Kemana arah tujuku hanya masa yang akan menentukan….

Semuanya bermula ketika dia hadir buat kali pertama dalam hidupku…
Dialah cinta pertamaku… dan dialah cinta terakhirku…
Segala yang dijanjikan untuk aku sangat indah..
Semuanya manis belaka…
Tiada lagi keraguan buat dirinya…
Semuanya aku serahkan kepada dirinya…
Mahkota yang harus aku serahkan kepada seorang yang bergelar suami musnah dlm sekelip mata..
Aku menangis menyesali..
Tapi dia menanamkan impian yang bahagai untuk aku…
Aku mula percaya dengan kata2nya…
dengan harapan dia adalah miliku selamanya…
kami diibaratkan sebagai pasangan suami isteri…
hanya jarak yang memisahkan..
setiap kali dia merajuk..
aku akan serahkan segalanya pada dirinya…
nafsu melebihi segala-galanya…
lupa seketika dosa dan neraka…
hanyut kerana cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata…
sehinggalah aku ditimpa musibah…
dimana ketika itu aku sedar segala kesilapan diri aku…
bagi aku semuanya sudah terlambat..
benih yang berada didalam rahimku adalah milik aku dan dia…
kalau lah aku dan dia pasangan suami isteri yang sah…
sudah tentu  melonjak kegembiraan…
tapi sayangnya benih ini lahir dari hubungan terlarang…
aku hanya menangis…
aku buntu…
yang terlintas ketika itu adalah dia…
aku dikejutkan dengan suaranya yang lantang…
tidak pernah dia meninggikan suaranya…
dia pergi meninggalkn aku dalam keadaan berbadan dua…
semakin lama perutku semakin membulat…
hinggalah suatu hari aku terjatuh…
kosong seketika….

Aku melihat air mata ibuku…
Aku melihat kekecewaan dari muka ayahku…
Aku melihat kemarahan diwajah abangku…
Aku tahu aku menghampakn mereka…
aku keguguran….
Aku hanya mampu mengalirkan air mata…
Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan…

Sejak dari peristiwa itu keluarga aku bagaikan  patung…
Sunyi…
Hanya gerak geri yang mnjadi perbualan….
Semuanya membisu…
Aku sedar segalanya berpunca dari ak…
Aku sudah membunuh…
Membunuh kecerian keluargaku…
Membunuh gelak tawa mereka…
Membunuh harapan yang disandarkan kepada aku….

p/s: jgn senang2 nk gadaikan maruah sbb cinta yg tak pasti lg.... da gatal sangat kawin jela... :P

1 comment: