orang yang sayang saya...

Friday, 14 October 2011

salahkah aku

Ketika ini perasaan aku begitu bercampur baur… salahkah apa yang aku lakukan sekarang… hampir seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibuku… egokah aku… tapi apakan daya.. aku cuba untuk perbaiki hubungan ini.. tapi hanya sepi begitu saja… seakan semuanya tidak penting buat ibu…
Apa yang perlu aku lakukan lagi… aku memang seorang yang pendiam… dari kecil lagi aku suka menyendiri.. aku tidak suka untuk mengadu masalah pada orang lain… aku selesa menangis seorang diri.. memang itulah cara aku…
Tapi selama mana aku mampu bertahan… mungkin itu semua dulu… sekarang aku sudah besar… sudah 20 tahun… darah muda begitu membuak2.. aku seakan ingin menjadi remaja yang bermasalah… sering keluar hingga lewat malam… semuanya kerana aku memberontak… aku sendiri benci dengan keadaan ini..
Dulu aku ad kakak yang begitu baik pada kau… sekarang dia dah berkahwin dan bersuami.. aku terus jauh dari dia… tiada lagi rahsia2 antara kami… aku hanya akur.. tapi aku begitu terharu dengan kakak ipar aku.. dia begitu memahami dengan aku… dia sentiasa peka dengan perasaan aku.. aku hanya ada dia sebagai tempat mengadu… dia sangat2 memahami aku lebih dari ibuku sendiri… hanya dia yang begitu prihatin terhadap aku sekarang…dia adalah pendorong aku… aku sentiasa berharap ibu aku seperti itu.. mengambil tahu masalah anak2…..
Disebabkan masih ada yang menyokong aku larh… aku tetap berdiri dan bangun menghadapi semua ini…
Yaalah kau kuatkan larh semangat aku…                                                          
(anakmu)

No comments:

Post a Comment